1. Tambah gemuk
Di Amerika Syarikat, banyak kajian membuktikan secara saintifik bahawa minuman bersoda menjadi penyebab obesiti atau kelebihan berat badan. Banyak anak kecil, remaja bahkan dewasa memiliki tubuh yang gemuk akibat terlalu sering minum soda.
2. Kencing manis tinggal menghitung masa
Orang yang minum soda setiap hari mempunyai risiko menghidap diabetes hingga dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang jarang atau tak pernah minum minuman bersoda.
3. Berisiko menghadapi serangan jantung
Selain diabetes, seseorang yang minum minuman bersoda setiap hari, dalam empat tahun mempunyai risiko terkena serangan jantung 40 peratus lebih tinggi berbanding yang tidak. Bukan cuma itu, kadar kolesterol jahat pun ikut naik disebabkan pengambilan soda berlebihan.
4. Menderita berbagai gangguan kesihatan
Minuman bersoda tidak hanya mengandungi kadar gula yang tinggi, tapi juga kafein. Beberapa ahli mengatakan, jika minuman bersoda sudah jadi bahagian dari “gaya hidup”, maka kesannya akan tak jauh beza dengan ubat-ubatan terlarang. Alhasil jangan hairan jika akan ada organ-organ vital tubuh yang mengalami gangguan fungsi.
Jadi mulai sekarang, perbanyaklah pengambilan air putih minimum dua liter sehari. Gantilah minuman bersoda dengan minuman berkhasiat semulajadi.
No comments:
Post a Comment