Nuraffendi AK
Assalamualaikum....
Friday, October 4, 2013
10 Perkara Membuktikan Kita Terlalu Jahil Tentang Agama
Zaman tidak lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan terseleweng dari yang asal.
Dan malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik.” (Hadis riwayat Ibnu Adi)
Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu’ (ulama’ jahat / ulama’ dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.
Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama.
1 – Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.
Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith.
Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga. Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah dengan syara’.
Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang.” (Hadith Riwayat Thabrani).
2 – Mudah mengutuk dan menghina ulama’.
Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama’ jika mereka mendengar suatu ucapan ulama’ yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama’ itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan menyanggah ulama’.
Kita bukan disuruh ta’asub kepada seseorang ulama’, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama’ yang memperjuangkan Islam. Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghinanya.
Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” (Hadith Riwayat Ahmad).
3 – Membela orang-orang yang jahil sepertinya juga.
Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka. Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran.
Sebagai contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan, dan manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka, sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan dilarang oleh Tuhan.
Memang nampak seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina, kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan mudah dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain pula nanti.
Dan bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia? Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?
4 – Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan.
Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana keta’asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan manusia.
Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar. Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?
Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka dan kekal berkuasa.
5 – AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata.
Ramai yang membaca AlQuran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta’ala menurunkan AlQuran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada kita?
6 – Hukum-hakam Allah akan direndahkan martabatnya dan dihina
Undang-undang dari Allah yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajah dulu lagi, kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.
Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi. Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.
Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, “Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat”. (Hadith Riwayat Ahmad)
Hinggakan sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam AlQuranul Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat.
7 – Amal ibadah tidak diterima oleh Allah s.w.t
Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.
8 – Maksiat dan jenayah semakin berleluasa.
Apabila sudah jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.
Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang.
Kejahatan baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki lain yang melihatnya.
Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.
9 – Akan terjadi perpecahan dan peperangan sesama sendiri
Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.
“.……Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Ramai yang bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.
Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah? Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas?
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 59)
10 – Generasi akan datang akan terdidik dalam keadaan jahil.
Kesan dari wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.
Jika sekadar mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul matapelajaran Agama Islam di sekolah.
Kesimpulan
Maka ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak. Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan ditipu dan diserang oleh musuh.
Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, “Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;
1 – Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, “Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, “Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat.” Iblis itu bertanya, “Adakah mereka itu mencintai dunia?” Tentera itu menjawab, “Ya”.
Lalu Iblis menyambung, “Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala. Sesungguhnya aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;
1 – Mengambil harta dari bukan haknya.
2 – Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 – Menahan harta dari haknya.
2 – Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 – Menahan harta dari haknya.
Dan kesemua kejahatan itu akan timbul dari yang tiga ini. [Ihya Ulumuddin , Kitab tercelanya dunia]
50 Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:
1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
2. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3. “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4. “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
6. “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8. “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9. “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15. “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
16. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17. “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18. “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19. “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22. “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25. “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
27. “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31. “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sepuluh Laluan Syaitan
Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang petik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam" hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata: "kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu":
Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.
Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
Ketiga : CINTAKAN NIKMAT lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.
Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
Keenam : HASAD DENGKI lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.
Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
Kelapan : BAKHIL lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.
Kesembilan : TAKABBUR lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.
Kesepuluh : TAMAK lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
Wednesday, October 24, 2012
13 Tanda Kiamat sudah berada di sekeliling kita
Tanda-tanda qiamat kecil
terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti
diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah
besar antara dua kelompok orang beriman dll. kedua, kejadiannya sudah muncul
tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah,
terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.
Diantara tanda-tanda qiamat
kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah saw.
Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah
matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang,
beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian",
beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini"
Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari
tengah. (HR Muslim)
2. Disia-siakannya amanah. Dari
Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara
dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi
Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat
berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai
apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak
mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau
bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui
itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika
amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana
menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan
kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya,
Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau
menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat
orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang
berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).
4. Sungai Efrat berubah menjadi
emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan
terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut
tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari
mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)
5. Baitul Maqdis dikuasai umat
Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.),
Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia
membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian
menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi ,
sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari
Muadz).
6. Banyak terjadi pembunuhan.
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi
qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya
Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR
Muslim)
7. Munculnya golongan Khawarij.
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan
keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan
sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka.
Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja
kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala
di hari kiamat "(HR Bukhari).
8. Banyak Polis dan pembela
kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu
yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah.
Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)
9. Perang antara Yahudi dan
Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan
terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum
muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang
batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai
muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia
kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)
10. Dominannya Fitnah. Dari Abu
Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat,
hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).
11. Sekurang-kurangnya ilmunya,
Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa
Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah
ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang
minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita
hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)
12. Bermewah-mewah dalam
membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di
antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan
masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)
13. Menyebarnya riba dan harta
haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang
pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang
tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan
Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata,
Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana,
seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal
atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari).
sumber islampos.com
Sejarah Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”Sabda baginda lagi;“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Subscribe to:
Posts (Atom)